Tuesday, 19 January 2016

Sarapan Berkhasiat Setiap Pagi

Assalamualaikum.

Request pagi ni dari si bongsu Ummi, nak minum jus carrot dan nak ratah sekali hampas carrotnya. Tu diaaa...aihhh, licin mulus lah kulit anak Ummi ni nanti...hehe.


Jus carrot untuk si bongsu dah ready. Ummi tumpang semulut buat jus timun + tomato untuk diri sendiri dan Abi. Haha...tak nak anak sorang kulit mulus :-D

Seperti biasa Air Fryer tetap berbakti kepada tuannya setiap kali menyediakan sarapan anak. Pagi ni hidangan gorengan kuih ropal dan roti gulung bersosej menjadi pilihan.


Nampak apa yang ditulis leh si bongsu Ummi tu?

SARAPAN PADA HARI INI :-D

Makanan dan minuman berkhasiat
- Slow Juicer Terbaik!

Haha...macam-macamlah sorang ni. Ke mana-mana ruanganpun, pen,kertas dan buku sentiasa di tangan. Tu seronok jer tulis apa yang dia nak tulis.

Syukur Alhamdulillah. Adanya Slow Juicer dan Air Fryer ni sangat memudahkan penyediaan sarapan. Kita yang bekerja ni mana ada masa nak berlama-lama di dapurkan. Tapi dengan adanya gajet dapur yang membantu, Alhamdulillah....hidangan untuk keluarga tetap juga dapat disediakan sendiri walau dalam kesibukan masa.

Gorengan tanpa minyak dengan air fryer....hidangan tetap rangup!


Monday, 18 January 2016

Resipi Aiskrim Homemade Yang Awesome!

Assalamualaikum.

Jom hari ni kita buat aiskrim yang awesome lagi sihat!


Bahan A :

1 tin susu cair/susu segar
1 biji telur
1 sudu besar ovalette
15 titis stevia
sedikit esen vanilla

Bahan B :
 
Emulco strawbery atau cappucino atau apa-apa perisa yang digemari

Caranya :

Putar bahan A selama 15-20 min dalam mixer-grinder.
Letak perisa (Bahan B)

Siap! Tadaa.....

Pekena aiskrim sihat ni dengan pisang...memang best tak terkira!
Thank you mixer-grinderku yang sangat berbakti kepada tuannya...hehe...


Slow Juicer Idaman Ummi Dah Sampai!

Assalamualaikum.

Happy tak terkira bila slow juicer idaman Ummi akhirnya dah berjaya Ummi miliki.


Jus carrot susu kegemaran keluarga!

Jus timun batangpun jadi...

Orange juice yang best...apalagi selepas dititis gula stevia.
Pendek kata, semenjak ada slow juicer ni, pagi petang asyik minum jus jer. Kelmarin Ummi borong sekarung lobak, sekarung tomato, sekarung timun batang di pasar. Ambik engkau! Balik rumah, jenuh 'mengejus'...haha. Puas hati betul ada slow juicer ni. Cam pelik gak nampak daya perahannya yang sangat kuat. Yalah, bukan dicampur airpun masa kisar ni tapi boleh keluar jus yang banyak. Awesome!!!

Ummi recommend sangat ibu-ibu untuk miliki slow juicer ni di rumah. Memang lain macam rasanya kalau amalkan jus buah atau jus sayur ni. InsyaAllah badan rasa segar. 'Buang-buang' pun lawas.

Istimewanya slow juicer jenama Bayer yang Ummi beli ni, buah tak perlu nak dipotong kecilpun masa nak kisar. Cam tomato tu, terus masuk sebiji-sebiji gitu jer. Lepas guna, nak basuhpun tak susah dan leceh sangat. Harganyapun sangat berpatutan. Bukan ribu-ribanpun. Nak percaya, kena cuba....hehe...

Ummi link kan sekali lagi jenama slow juicer yang Ummi beli tu ya. Nak order, boleh tekan pada gambar di bawah...


Thursday, 14 January 2016

Food Processor Yang Wajib Dimiliki!

Assalamualaikum.

Apa istimewanya food processor? Haa...Dato' Fazley dah sedia menunggu untuk memberikan penerangan...hehe.



Tu diaa..best kan? Ummi ada sebiji di rumah yang Ummi beli masa baru-baru kahwin dulu. Sekarang anak sulong dah umur 20 tahun daa...hehe. Dah berkurun tapi food processor ni masih bertahan dan terus mencurahkan baktinya!


Ni dia food processor Ummi. Nak buat bingka ubipun senang noo. Tak payah nak parut bagai...
Kalau time Hari Raya Korban, haa...siaplah food processor ni bekerja teruk untuk Ummi. Dah daging korban banyak, apa lagi...jadikan daging kisar. Nak buat bergedil ke apa ke sangat mudah. Kerja jadi mudah dan cepat. Jom beli!


Wednesday, 13 January 2016

Blender Terhebat Abad Ini...!

Assalamualaikum.

Shopping gajet dapur ni memang suatu kegilaan bagi ibu-ibu. Bukan apa. Di zaman yang serba nak kena cepat ni, memang ibu-ibu sangat mengidamkan gajet dapur yang dapat membantu kerja-kerja dapur dengan signifikan. Bagi Ummi tak salah untuk kita membelanjakan sedikit duit bulanan atau pendapatan bagi membeli gajet dapur yang membantu. Ia memang satu keperluan. Tapi dalam memilih gajet dapur yang bagus ni, memang kita nak kena survey dulu biar tak tertipu.

Di blog Zarosa Kitchen ini, Ummi banyak kisahkan pengalaman Ummi sendiri menggunakan gajet-gajet dapur yang terbaik dan berfungsi sepenuhnya, InsyaAllah.

Kali ni Ummi nak tunjukkan blender terbaik untuk ibu-ibu. Blender yang Ummi gunakan ni tak dipanggil blenderpun sebenarnya. Ia dipanggil MIXER GRINDER. Ummi guna jenama Panasonic. Alhamdulillah, dah banyak tahun Ummi guna. MasyaAllah boleh Ummi katakan fungsinya EXCELLENT! Memang tak sama dengan blender biasa. Kali ni biarlah Dato Fazley pula yang berbicara menceritakan kehebatan mixer grinder ni ya...Jom! Sama-sama kita tonton...



Mana nak beli ni Ummi? Haa...tekan jer gambar di bawah. Terus jer boleh order Blender Terhebat Abad Ini! Sama cam Ummi punya ni... InsyaAllah memang sangat puas hati! Mana-mana ibu yang blender di rumah dah rosak tu, tak payahlah pikir panjang. Elok gantikan aja dengan mixer grinder ni...

Tuesday, 12 January 2016

Oven 6 Dalam 1 Pulak!

Assalamualaikum.

Ibu-ibu pernah dengar pasal convection oven? Aha! Hari ni Ummi nak cerita pasal convection oven yang sangat best. Pasal apa best sangat tu? Pasal convection oven ni fungsinya 6 dalam 1!

1. Roast
2. Bake
3. Steam
4. Fry
5. Toast
6. Defrost

Tu diaaa! Ummi ada sebijik kat rumah dan ini adalah salah satu gadjet dapur yang sangat-sangat Ummi suka. Sabar ya. Nanti Ummi tunjuk gambarnya. Kasi Ummi cerita dulu.

Kalau kita bakar ayam dalam ni kan, kejadiannya sangat-sangatlah menggiurkan. Haha...bagus punya ayat. Memang betulpun! Pembakarannya sangat sekata. Bila dah masak tu, isinya jadi sangat lembut dan moisture. Paling best dengan convection oven ni...Cooks with less fat and oil yet food remains succulent! Nanti esok-esok kalau Ummi bakar ayam lagi, Ummi tayang ya. Masak yang sebelum ni tak pernah ambik gambarlah pulak.

Mana ovennya? Sat, sat. Ummi tayang iklan untuk belian setelah Ummi survey harga di Lazada yang paling murah untuk ibu-ibu ya. Actually di Lazada ni, kita kena pandai pilih dan banding harga. Banyak syarikat yang iklankan produknya di sini. Jenama sama tapi harganya berbeza ikut syarikat. Rugi kalau kita tak pandai pilih. Tapi ibu-ibu jangan risau. Di blog ZAROSA ni Ummi dah survey khusus untuk ibu-ibu yang Ummi kasihi. Klik ajer gambar yang Ummi tayang kerana itu adalah iklan untuk jenama paling bagus dan murah serta berbaloi untuk ibu-ibu InsyaAllah.

Jeng, jeng, jeng...ni ddiaaaa...

Label Printer Yang Sangat Membantu!





Assalamualaikum.

Apa pulalah yang Ummi nak tunjuk hari ni? Nampak macam bukan gajet dapur jer kan? Siapa kata tak? Haaa...ni Ummi nak cerita.

Sebenarnya label printer nipun sangat membantu dalam pengurusan rumahtangga kerana banyak benda di dapur dan dalam rumah tu yang perlu dilabel! Tak percaya? Tengok aja kepala soket di dapur kita. Entah berapa banyak kepala soket daaa yang ada. Seringkali kepala soket oven tertukar dengan kepala soket microwave. Kepala soket microwave tertukar dengan kepala soket periuk elektrik. Aduh! Pening juga dibuatnya kekadang.

Pernah satu ketika, balik dari kerja, perut dah berkeroncong, lauk dah terhidang....bukak periuk nasi, nasi masih mentah! Huwaa...apa taknya, bukan soket periuk yang di on kan tadi rupanya tapi soket microwave. Huhu....nasib lerr...

Sejak tu, Ummi mula mengambil inisiatif melabelkan semua kepala soket di rumah cam dalam gambar di bawah. Kan senang.....


Alang-alang dah ada label printer ni, buku-buku sekolah anakpun, semua tulis nama pakai label ni. Cantik dan nampak kemas, kan? Siap dapat tempahan lagi dari kawan-kawannya untuk cetak nama masing-masing. "Nak jual berapa sen satu nama ni Ummi?" tanya anak-anak. "Ambik jerlah percuma. Tak sampai hati lak nak letak harga kat budak-budak tapi dapat sorang satu cukup ler...hahaha." Jenuh wehhh kalau sorang mintak 10...hihi.


Senang tak nak dapatkan label tape nya kalau dah habis? Senang sangat-sangat. Order aja kat bawah ni haa....macam-macam warna pilihanpun ada. Ummi siap beli semua warna. Meriah gituuuu...habis barangan di rumah dilabel...:-D

Ummi punya guna yang mana? Gambar atas kiri tu Ummi punya. Murah aja tapi sangat berbaloi!