Saturday, 9 January 2016

Sebiji Epal Sehari - Keep Your Doctor Away!

 Apple Peeler

Assalamualaikum. 

Hari ni Ummi sangat teruja nak cerita pasal Apple Peeler yang Ummi baru beli. Actually, awalnya nak beli untuk dijadikan hadiah birthday Abi. Apa taknya, Abi memang sangat sukakan buah dan antara buah yang digemari Abi adalah buah epal. Fikir Ummi, pastinya Apple Peeler ni sangat membantu. Tup, tup...awallah pulak sampai order Ummi ni. Tak sabar nak tunggu birthday Abi, terus jer jadikan hadiah atas alasan raikan Abi dah habis sesi mengkhatankan anak-anak di klinik. Haha...baik punya alasan :-D

Tapi kan...memang Ummi rasa belian Apple Peeler ni sangat-sangat berbaloi. Sebelum ni yang suka makan epal di rumah hanyalah Abi seorang. Sejak ada Apple Peeler ni, tak pasal-pasal seisi rumah jadi gemar makan epal. Anak Ummi yang bongsu nipun dah jadi kewajipan take an apple a day selepas breakfast, sebelum ke sekolah. Ummipun tumpang sekaki. 

Alhamdulillah pengalaman yang sangat berharga sejak amalkan sebiji epal sehari ni....Ummi perasan baru-baru ni ada tanda-tanda cam dijangkiti virus selsema, tapi tetiba tak jadi selsemalah pulak. Betullah kata-kata yang famous tu ya - An Apple A Day Keep Your Doctor Away!

Jom amalkan sebiji epal sehari! Apple Peeler sangat-sangat membantu sebab bukan sahaja kulitnya dibuang dengan cepat dan tangkas, siap epal ni dipotong secara spiral lagi. Tak pasal-pasal makan epal jadi sesuatu yang menyeronokkan...

Kat mana Ummi beli? Berapa harganya? 

Ni dia Apple Peeler kesayangan Ummi di rumah...


Untuk ibu-ibu, tekan jer pada gambar-gambar bawah ni, ibu-ibu dah sampai ke link untuk shopping Apple Peeler! Selamat membeli-belah...

Zarosa - Now Everyone Can Have The Best Kitchen!

No comments:

Post a Comment