Tuesday, 12 January 2016

Label Printer Yang Sangat Membantu!





Assalamualaikum.

Apa pulalah yang Ummi nak tunjuk hari ni? Nampak macam bukan gajet dapur jer kan? Siapa kata tak? Haaa...ni Ummi nak cerita.

Sebenarnya label printer nipun sangat membantu dalam pengurusan rumahtangga kerana banyak benda di dapur dan dalam rumah tu yang perlu dilabel! Tak percaya? Tengok aja kepala soket di dapur kita. Entah berapa banyak kepala soket daaa yang ada. Seringkali kepala soket oven tertukar dengan kepala soket microwave. Kepala soket microwave tertukar dengan kepala soket periuk elektrik. Aduh! Pening juga dibuatnya kekadang.

Pernah satu ketika, balik dari kerja, perut dah berkeroncong, lauk dah terhidang....bukak periuk nasi, nasi masih mentah! Huwaa...apa taknya, bukan soket periuk yang di on kan tadi rupanya tapi soket microwave. Huhu....nasib lerr...

Sejak tu, Ummi mula mengambil inisiatif melabelkan semua kepala soket di rumah cam dalam gambar di bawah. Kan senang.....


Alang-alang dah ada label printer ni, buku-buku sekolah anakpun, semua tulis nama pakai label ni. Cantik dan nampak kemas, kan? Siap dapat tempahan lagi dari kawan-kawannya untuk cetak nama masing-masing. "Nak jual berapa sen satu nama ni Ummi?" tanya anak-anak. "Ambik jerlah percuma. Tak sampai hati lak nak letak harga kat budak-budak tapi dapat sorang satu cukup ler...hahaha." Jenuh wehhh kalau sorang mintak 10...hihi.


Senang tak nak dapatkan label tape nya kalau dah habis? Senang sangat-sangat. Order aja kat bawah ni haa....macam-macam warna pilihanpun ada. Ummi siap beli semua warna. Meriah gituuuu...habis barangan di rumah dilabel...:-D

Ummi punya guna yang mana? Gambar atas kiri tu Ummi punya. Murah aja tapi sangat berbaloi!


No comments:

Post a Comment