Tuesday 19 January 2016

Sarapan Berkhasiat Setiap Pagi

Assalamualaikum.

Request pagi ni dari si bongsu Ummi, nak minum jus carrot dan nak ratah sekali hampas carrotnya. Tu diaaa...aihhh, licin mulus lah kulit anak Ummi ni nanti...hehe.


Jus carrot untuk si bongsu dah ready. Ummi tumpang semulut buat jus timun + tomato untuk diri sendiri dan Abi. Haha...tak nak anak sorang kulit mulus :-D

Seperti biasa Air Fryer tetap berbakti kepada tuannya setiap kali menyediakan sarapan anak. Pagi ni hidangan gorengan kuih ropal dan roti gulung bersosej menjadi pilihan.


Nampak apa yang ditulis leh si bongsu Ummi tu?

SARAPAN PADA HARI INI :-D

Makanan dan minuman berkhasiat
- Slow Juicer Terbaik!

Haha...macam-macamlah sorang ni. Ke mana-mana ruanganpun, pen,kertas dan buku sentiasa di tangan. Tu seronok jer tulis apa yang dia nak tulis.

Syukur Alhamdulillah. Adanya Slow Juicer dan Air Fryer ni sangat memudahkan penyediaan sarapan. Kita yang bekerja ni mana ada masa nak berlama-lama di dapurkan. Tapi dengan adanya gajet dapur yang membantu, Alhamdulillah....hidangan untuk keluarga tetap juga dapat disediakan sendiri walau dalam kesibukan masa.

Gorengan tanpa minyak dengan air fryer....hidangan tetap rangup!


Monday 18 January 2016

Resipi Aiskrim Homemade Yang Awesome!

Assalamualaikum.

Jom hari ni kita buat aiskrim yang awesome lagi sihat!


Bahan A :

1 tin susu cair/susu segar
1 biji telur
1 sudu besar ovalette
15 titis stevia
sedikit esen vanilla

Bahan B :
 
Emulco strawbery atau cappucino atau apa-apa perisa yang digemari

Caranya :

Putar bahan A selama 15-20 min dalam mixer-grinder.
Letak perisa (Bahan B)

Siap! Tadaa.....

Pekena aiskrim sihat ni dengan pisang...memang best tak terkira!
Thank you mixer-grinderku yang sangat berbakti kepada tuannya...hehe...


Slow Juicer Idaman Ummi Dah Sampai!

Assalamualaikum.

Happy tak terkira bila slow juicer idaman Ummi akhirnya dah berjaya Ummi miliki.


Jus carrot susu kegemaran keluarga!

Jus timun batangpun jadi...

Orange juice yang best...apalagi selepas dititis gula stevia.
Pendek kata, semenjak ada slow juicer ni, pagi petang asyik minum jus jer. Kelmarin Ummi borong sekarung lobak, sekarung tomato, sekarung timun batang di pasar. Ambik engkau! Balik rumah, jenuh 'mengejus'...haha. Puas hati betul ada slow juicer ni. Cam pelik gak nampak daya perahannya yang sangat kuat. Yalah, bukan dicampur airpun masa kisar ni tapi boleh keluar jus yang banyak. Awesome!!!

Ummi recommend sangat ibu-ibu untuk miliki slow juicer ni di rumah. Memang lain macam rasanya kalau amalkan jus buah atau jus sayur ni. InsyaAllah badan rasa segar. 'Buang-buang' pun lawas.

Istimewanya slow juicer jenama Bayer yang Ummi beli ni, buah tak perlu nak dipotong kecilpun masa nak kisar. Cam tomato tu, terus masuk sebiji-sebiji gitu jer. Lepas guna, nak basuhpun tak susah dan leceh sangat. Harganyapun sangat berpatutan. Bukan ribu-ribanpun. Nak percaya, kena cuba....hehe...

Ummi link kan sekali lagi jenama slow juicer yang Ummi beli tu ya. Nak order, boleh tekan pada gambar di bawah...


Thursday 14 January 2016

Food Processor Yang Wajib Dimiliki!

Assalamualaikum.

Apa istimewanya food processor? Haa...Dato' Fazley dah sedia menunggu untuk memberikan penerangan...hehe.



Tu diaa..best kan? Ummi ada sebiji di rumah yang Ummi beli masa baru-baru kahwin dulu. Sekarang anak sulong dah umur 20 tahun daa...hehe. Dah berkurun tapi food processor ni masih bertahan dan terus mencurahkan baktinya!


Ni dia food processor Ummi. Nak buat bingka ubipun senang noo. Tak payah nak parut bagai...
Kalau time Hari Raya Korban, haa...siaplah food processor ni bekerja teruk untuk Ummi. Dah daging korban banyak, apa lagi...jadikan daging kisar. Nak buat bergedil ke apa ke sangat mudah. Kerja jadi mudah dan cepat. Jom beli!


Wednesday 13 January 2016

Blender Terhebat Abad Ini...!

Assalamualaikum.

Shopping gajet dapur ni memang suatu kegilaan bagi ibu-ibu. Bukan apa. Di zaman yang serba nak kena cepat ni, memang ibu-ibu sangat mengidamkan gajet dapur yang dapat membantu kerja-kerja dapur dengan signifikan. Bagi Ummi tak salah untuk kita membelanjakan sedikit duit bulanan atau pendapatan bagi membeli gajet dapur yang membantu. Ia memang satu keperluan. Tapi dalam memilih gajet dapur yang bagus ni, memang kita nak kena survey dulu biar tak tertipu.

Di blog Zarosa Kitchen ini, Ummi banyak kisahkan pengalaman Ummi sendiri menggunakan gajet-gajet dapur yang terbaik dan berfungsi sepenuhnya, InsyaAllah.

Kali ni Ummi nak tunjukkan blender terbaik untuk ibu-ibu. Blender yang Ummi gunakan ni tak dipanggil blenderpun sebenarnya. Ia dipanggil MIXER GRINDER. Ummi guna jenama Panasonic. Alhamdulillah, dah banyak tahun Ummi guna. MasyaAllah boleh Ummi katakan fungsinya EXCELLENT! Memang tak sama dengan blender biasa. Kali ni biarlah Dato Fazley pula yang berbicara menceritakan kehebatan mixer grinder ni ya...Jom! Sama-sama kita tonton...



Mana nak beli ni Ummi? Haa...tekan jer gambar di bawah. Terus jer boleh order Blender Terhebat Abad Ini! Sama cam Ummi punya ni... InsyaAllah memang sangat puas hati! Mana-mana ibu yang blender di rumah dah rosak tu, tak payahlah pikir panjang. Elok gantikan aja dengan mixer grinder ni...

Tuesday 12 January 2016

Oven 6 Dalam 1 Pulak!

Assalamualaikum.

Ibu-ibu pernah dengar pasal convection oven? Aha! Hari ni Ummi nak cerita pasal convection oven yang sangat best. Pasal apa best sangat tu? Pasal convection oven ni fungsinya 6 dalam 1!

1. Roast
2. Bake
3. Steam
4. Fry
5. Toast
6. Defrost

Tu diaaa! Ummi ada sebijik kat rumah dan ini adalah salah satu gadjet dapur yang sangat-sangat Ummi suka. Sabar ya. Nanti Ummi tunjuk gambarnya. Kasi Ummi cerita dulu.

Kalau kita bakar ayam dalam ni kan, kejadiannya sangat-sangatlah menggiurkan. Haha...bagus punya ayat. Memang betulpun! Pembakarannya sangat sekata. Bila dah masak tu, isinya jadi sangat lembut dan moisture. Paling best dengan convection oven ni...Cooks with less fat and oil yet food remains succulent! Nanti esok-esok kalau Ummi bakar ayam lagi, Ummi tayang ya. Masak yang sebelum ni tak pernah ambik gambarlah pulak.

Mana ovennya? Sat, sat. Ummi tayang iklan untuk belian setelah Ummi survey harga di Lazada yang paling murah untuk ibu-ibu ya. Actually di Lazada ni, kita kena pandai pilih dan banding harga. Banyak syarikat yang iklankan produknya di sini. Jenama sama tapi harganya berbeza ikut syarikat. Rugi kalau kita tak pandai pilih. Tapi ibu-ibu jangan risau. Di blog ZAROSA ni Ummi dah survey khusus untuk ibu-ibu yang Ummi kasihi. Klik ajer gambar yang Ummi tayang kerana itu adalah iklan untuk jenama paling bagus dan murah serta berbaloi untuk ibu-ibu InsyaAllah.

Jeng, jeng, jeng...ni ddiaaaa...

Label Printer Yang Sangat Membantu!





Assalamualaikum.

Apa pulalah yang Ummi nak tunjuk hari ni? Nampak macam bukan gajet dapur jer kan? Siapa kata tak? Haaa...ni Ummi nak cerita.

Sebenarnya label printer nipun sangat membantu dalam pengurusan rumahtangga kerana banyak benda di dapur dan dalam rumah tu yang perlu dilabel! Tak percaya? Tengok aja kepala soket di dapur kita. Entah berapa banyak kepala soket daaa yang ada. Seringkali kepala soket oven tertukar dengan kepala soket microwave. Kepala soket microwave tertukar dengan kepala soket periuk elektrik. Aduh! Pening juga dibuatnya kekadang.

Pernah satu ketika, balik dari kerja, perut dah berkeroncong, lauk dah terhidang....bukak periuk nasi, nasi masih mentah! Huwaa...apa taknya, bukan soket periuk yang di on kan tadi rupanya tapi soket microwave. Huhu....nasib lerr...

Sejak tu, Ummi mula mengambil inisiatif melabelkan semua kepala soket di rumah cam dalam gambar di bawah. Kan senang.....


Alang-alang dah ada label printer ni, buku-buku sekolah anakpun, semua tulis nama pakai label ni. Cantik dan nampak kemas, kan? Siap dapat tempahan lagi dari kawan-kawannya untuk cetak nama masing-masing. "Nak jual berapa sen satu nama ni Ummi?" tanya anak-anak. "Ambik jerlah percuma. Tak sampai hati lak nak letak harga kat budak-budak tapi dapat sorang satu cukup ler...hahaha." Jenuh wehhh kalau sorang mintak 10...hihi.


Senang tak nak dapatkan label tape nya kalau dah habis? Senang sangat-sangat. Order aja kat bawah ni haa....macam-macam warna pilihanpun ada. Ummi siap beli semua warna. Meriah gituuuu...habis barangan di rumah dilabel...:-D

Ummi punya guna yang mana? Gambar atas kiri tu Ummi punya. Murah aja tapi sangat berbaloi!


Monday 11 January 2016

Slow Juicer Idaman Ummi!

Assalamualaikum.

Sebagai isteri dan ibu setiap hari kita asyik fikirkan tentang penyediaan hidangan sihat untuk suami dan anak-anak, kan? Juga untuk diri sendiri. Kalau kita yang tak sihat, lagi payah nanti dibuatnya. Semua urusan rumahtangga jadi jeng-kreng...hahaha...

Makanya, Abi (panggilan Ummi pada suami tercinta...hehe) jangan marah ya, kalau sekejap-sekejap, sampai jer gadget dapur dari Lazada di rumah! Hihi....semua ni untuk kesihatan keluarga, InsyaAllah.

Haa...ada rezeki, lepas ni InsyaAllah Ummi nak cari slow juicer pulak. Dah acap sangat nampak kat dalam  rancangan tv pagi-pagi tu...asyik-asyik duk kisar buah dan sayur menggunakan slow juicer...aisyhhhh...tak boleh tahannnn :-D

Apa dia Slow Juicer idaman Ummi? Ni dia...masuk pilih, masuk pilih...hihi. Kalau idaman Ummi tertunai nanti, Ummi akan ceritakan di sini juga ya, InsyaAllah.


Menggoreng Tanpa Minyak!

Assalamualaikum.

Semenjak ada air fryer ni, Alhamdulillah kerja masak-memasak di rumah terasa sangat mudah. Bukan saja mudah, kesihatan juga terjaga. Apa taknya, Ummi dah tak lagi menggoreng menggunakan minyak!

Bunyinya macam pelik jer kan. Camana pulak goreng tanpa minyak? Itulah kehebatan air fryer. Semua masakan digoreng dengan menggunakan kekuatan suhu tanpa minyak.

Penggunaan air fryer ni sangat-sangat Ummi galakkan untuk semua ibu, lebih-lebih lagilah ibu yang bekerja. Gorengan dapat disiapkan dengan cepat dan penyediaannyapun tak leceh. Yalah, kalau goreng guna minyak, nak kena tuang minyak dalam kuali lagi, nak panaskan minyak lagi...lepas tu nak kena tapis minyak bagai, kalau masih nak pakai lagi minyak tu. Amaran! Guna minyak banyak kali tak bagus untuk kesihatan. Sekali guna dah kena buang, cam mahallah pulak belanja untuk minyak nanti ek?

Sebab tulah beli air fryer ni berbaloi-baloi keuntungannya. Minyak dah tak payah beli. Kesihatan pula terjaga! Best ke best? Haha...tak der pilihan dah nak jawab tak best :-D

Sekarang ni penyediaan breakfast Ummi untuk sorang lagi anak bongsu yang masih di sekolah rendah ni jadi cukup cepat dan menyeronokkan. Kadang-kadang tu anak sendiri jer yang goreng dengan air fryer. Apa jer yang dia teringin nak makan....karipap? Sosej gulung? Kuih ropal? Keropok lekor? Bukak peti, ambik jer apa yang nak digoreng, masukkan dalam air fryer (walaupun tengah membeku), tekan butang suhu dan masa, start! Selepas beberapa minit gorengan siap...haaa...senang kan?

Untuk makan tengahari dan malampun, Ummi suka goreng ayam menggunakan air fryer. Cantikkkk sangat kejadiannya ayam gorengan air fryer ni. Memang tak perasan langsung ianya tidak digoreng dengan minyak kerana warna dan kerangupannya tetap sama macam yang digoreng dengan minyak.

Kat bawah ni Ummi bantu ibu-ibu untuk memilih mana-mana air fryer yang berkenan di hati. Kalau tanya Ummi mana yang bagus? Of course lah yang lebih mahal tu biasanya yang lebih bagus. Apapun, semua fungsinya tetap sama. Membantu kita menggoreng tanpa minyak! Pilihlah mengikut bajet yang ibu-ibu mampu. InsyaAllah belian air fryer ni sangat-sangat berbaloi!


Inilah Air Fryer kesayangan Ummi yang dah bertahun berbakti pada tuannya!




Saturday 9 January 2016

Sebiji Epal Sehari - Keep Your Doctor Away!

 Apple Peeler

Assalamualaikum. 

Hari ni Ummi sangat teruja nak cerita pasal Apple Peeler yang Ummi baru beli. Actually, awalnya nak beli untuk dijadikan hadiah birthday Abi. Apa taknya, Abi memang sangat sukakan buah dan antara buah yang digemari Abi adalah buah epal. Fikir Ummi, pastinya Apple Peeler ni sangat membantu. Tup, tup...awallah pulak sampai order Ummi ni. Tak sabar nak tunggu birthday Abi, terus jer jadikan hadiah atas alasan raikan Abi dah habis sesi mengkhatankan anak-anak di klinik. Haha...baik punya alasan :-D

Tapi kan...memang Ummi rasa belian Apple Peeler ni sangat-sangat berbaloi. Sebelum ni yang suka makan epal di rumah hanyalah Abi seorang. Sejak ada Apple Peeler ni, tak pasal-pasal seisi rumah jadi gemar makan epal. Anak Ummi yang bongsu nipun dah jadi kewajipan take an apple a day selepas breakfast, sebelum ke sekolah. Ummipun tumpang sekaki. 

Alhamdulillah pengalaman yang sangat berharga sejak amalkan sebiji epal sehari ni....Ummi perasan baru-baru ni ada tanda-tanda cam dijangkiti virus selsema, tapi tetiba tak jadi selsemalah pulak. Betullah kata-kata yang famous tu ya - An Apple A Day Keep Your Doctor Away!

Jom amalkan sebiji epal sehari! Apple Peeler sangat-sangat membantu sebab bukan sahaja kulitnya dibuang dengan cepat dan tangkas, siap epal ni dipotong secara spiral lagi. Tak pasal-pasal makan epal jadi sesuatu yang menyeronokkan...

Kat mana Ummi beli? Berapa harganya? 

Ni dia Apple Peeler kesayangan Ummi di rumah...


Untuk ibu-ibu, tekan jer pada gambar-gambar bawah ni, ibu-ibu dah sampai ke link untuk shopping Apple Peeler! Selamat membeli-belah...

Zarosa - Now Everyone Can Have The Best Kitchen!

Tuesday 5 January 2016

KENAPA ZAROSA?

Assalamualaikum.

2016 muncul bersama azam baru, blog baru, jenama baru. ZAROSA!!! Penjenamaan bisnes keluarga kami dari pangkal nama ibu (ZAihan), ayah (ROslan)dan anak-anak (Ammar, Anas, Amirah, Aisyah, Atiqah). Tq Abi atas idea yang sangat awesome!

InsyaAllah tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk membantu para ibu terutamanya mendapat idea mengurus rumahtangga dengan cekap, pantas dan signifikan melalui catatan pengalaman ZAROSA. Juga memudahkan ibu-ibu mendapatkan apa jua gajet dapur dan rumahtangga yang signifikan melalui link yang disediakan.

Bonus untuk pengunjung ZAROSA Kitchen - Kita juga akan berkongsi pelbagai resipi yang menarik di sini. Bukan sekadar resipi enak tetapi juga resipi sihat dan segera, sesuai untuk ibu-ibu yang bekerja!

Sungguh keceriaan dan keharmonian rumahtangga itu bermula dari kita, ibu. Ceria kita, cerialah rumahtangga. Lesu kita, lesulah juga rumahtangga yang terbina.

Jom kita jadi pencetus keceriaan, keharmoniaan dan kebahagiaan...!!!

ZAROSA - Now every mom can have the best kitchen!