Monday, 18 January 2016

Slow Juicer Idaman Ummi Dah Sampai!

Assalamualaikum.

Happy tak terkira bila slow juicer idaman Ummi akhirnya dah berjaya Ummi miliki.


Jus carrot susu kegemaran keluarga!

Jus timun batangpun jadi...

Orange juice yang best...apalagi selepas dititis gula stevia.
Pendek kata, semenjak ada slow juicer ni, pagi petang asyik minum jus jer. Kelmarin Ummi borong sekarung lobak, sekarung tomato, sekarung timun batang di pasar. Ambik engkau! Balik rumah, jenuh 'mengejus'...haha. Puas hati betul ada slow juicer ni. Cam pelik gak nampak daya perahannya yang sangat kuat. Yalah, bukan dicampur airpun masa kisar ni tapi boleh keluar jus yang banyak. Awesome!!!

Ummi recommend sangat ibu-ibu untuk miliki slow juicer ni di rumah. Memang lain macam rasanya kalau amalkan jus buah atau jus sayur ni. InsyaAllah badan rasa segar. 'Buang-buang' pun lawas.

Istimewanya slow juicer jenama Bayer yang Ummi beli ni, buah tak perlu nak dipotong kecilpun masa nak kisar. Cam tomato tu, terus masuk sebiji-sebiji gitu jer. Lepas guna, nak basuhpun tak susah dan leceh sangat. Harganyapun sangat berpatutan. Bukan ribu-ribanpun. Nak percaya, kena cuba....hehe...

Ummi link kan sekali lagi jenama slow juicer yang Ummi beli tu ya. Nak order, boleh tekan pada gambar di bawah...


1 comment:

  1. puan...nk tanya feedback lepas guna slow juicer ni...dah brapa lama yer puan guna?ok x?

    ReplyDelete