Monday, 11 January 2016

Menggoreng Tanpa Minyak!

Assalamualaikum.

Semenjak ada air fryer ni, Alhamdulillah kerja masak-memasak di rumah terasa sangat mudah. Bukan saja mudah, kesihatan juga terjaga. Apa taknya, Ummi dah tak lagi menggoreng menggunakan minyak!

Bunyinya macam pelik jer kan. Camana pulak goreng tanpa minyak? Itulah kehebatan air fryer. Semua masakan digoreng dengan menggunakan kekuatan suhu tanpa minyak.

Penggunaan air fryer ni sangat-sangat Ummi galakkan untuk semua ibu, lebih-lebih lagilah ibu yang bekerja. Gorengan dapat disiapkan dengan cepat dan penyediaannyapun tak leceh. Yalah, kalau goreng guna minyak, nak kena tuang minyak dalam kuali lagi, nak panaskan minyak lagi...lepas tu nak kena tapis minyak bagai, kalau masih nak pakai lagi minyak tu. Amaran! Guna minyak banyak kali tak bagus untuk kesihatan. Sekali guna dah kena buang, cam mahallah pulak belanja untuk minyak nanti ek?

Sebab tulah beli air fryer ni berbaloi-baloi keuntungannya. Minyak dah tak payah beli. Kesihatan pula terjaga! Best ke best? Haha...tak der pilihan dah nak jawab tak best :-D

Sekarang ni penyediaan breakfast Ummi untuk sorang lagi anak bongsu yang masih di sekolah rendah ni jadi cukup cepat dan menyeronokkan. Kadang-kadang tu anak sendiri jer yang goreng dengan air fryer. Apa jer yang dia teringin nak makan....karipap? Sosej gulung? Kuih ropal? Keropok lekor? Bukak peti, ambik jer apa yang nak digoreng, masukkan dalam air fryer (walaupun tengah membeku), tekan butang suhu dan masa, start! Selepas beberapa minit gorengan siap...haaa...senang kan?

Untuk makan tengahari dan malampun, Ummi suka goreng ayam menggunakan air fryer. Cantikkkk sangat kejadiannya ayam gorengan air fryer ni. Memang tak perasan langsung ianya tidak digoreng dengan minyak kerana warna dan kerangupannya tetap sama macam yang digoreng dengan minyak.

Kat bawah ni Ummi bantu ibu-ibu untuk memilih mana-mana air fryer yang berkenan di hati. Kalau tanya Ummi mana yang bagus? Of course lah yang lebih mahal tu biasanya yang lebih bagus. Apapun, semua fungsinya tetap sama. Membantu kita menggoreng tanpa minyak! Pilihlah mengikut bajet yang ibu-ibu mampu. InsyaAllah belian air fryer ni sangat-sangat berbaloi!


Inilah Air Fryer kesayangan Ummi yang dah bertahun berbakti pada tuannya!




No comments:

Post a Comment